Friday, August 28, 2009

balik kuantan
selama 3 hari
homesick + berbuke same org tersayang:)

Thursday, August 27, 2009

MalaysiaKu

winner of photo 1Malaysia


Menurut aku makna kemerdekaan itu?

Kemerdekaan bukanlah suatu hadiah….
Kemerdekaan bukanlah suatu hajat….
Kemerdekaan bukanlah milik beberapa org / golongan / kelompok saja….
tetapi….
Kemerdekaan adalah suatu rahmat Allah SWT….
Kemerdekaan adalah buah hasil perjuangan hidup mati anak-anak bangsa…
Kemerdekaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia…tidak kiralah dia seorang
Perdana Menteri, Menteri, Kakitangan Kerajaan dan swasta, Guru, Pensyarah,
Pelajar, Imam , Bilal, Tukang Cuci, Buruh, Askar, Polis, Penganggur,
dan lain-lain malah milik bayi2 yg msh dalam kandungan ibunya….




..............................................

TIDAK seharusnya KITA MERAYAKAN KEMERDEKAAN
JIKA DISEKITAR KITA MSH BANYAK YG BERJUANG
untuk terus HIDUP DEMI SESUAP NASI…
DEMI memberi kehidupan kepada sang isteri dan anak-anaknya
SEDANGKAN insan lain merasai kehidupan yang sempurna

TIDAK seharusnya KITA MERAYAKAN KEMERDEKAAN
JIKA MSH ADA TANGIS ANAK-ANAK YG MENAHAN LAPAR….
PENGANGGURAN DIMANA-MANA….
ROMPAKAN, PENCURIAN,PEMBUNUHAN, penderaan malah perkosaan


TIDAK seharusnya KITA MERAYAKAN KEMERDEKAAN
DIMANA MSH ADA Rusuhan,
PERgaduhan dan tindas menindas sesama manusia.

apakah ini Kemerdekaan ???
apakah ini tujuan Kemerdekaan Malaysia ???
apakah ini cita-cita para pejuang bangsa yg telah tiada ???

BUKANNNN…..
BUKAN INI TUJUAN KEMERDEKAAN…
BUKAN INI CITA-CITA PEJUANG BANGSA…





...............................................................


LALU…APA ertinya KEMERDEKAAN???
APA MAKNA KEMERDEKAAN negara INI…???

mari kita semua renung sedalam-dalamnya….
apakah kita wajar disebut sebagai anak bangsa yg cinta pada negerinya sendiri….
apakah kita wajar disebut sebagai generasi muda pemangkin ke arah pembangunan…
apakah kita wajar disebut sebagai warga negara yg rela berkorban untuk tanah airnya…
lalu…
APAKAH KITA wajar MERAYAKAN KEMERDEKAAN tanah air Malaysia
APAKAH KITA wajar MEMAKNAI KEMERDEKAAN INI….

renungkanlah…..
fikirkanlah….
rencanakanlah….
lakukanlah…
semuanya hanya untuk negara kita yg tercinta....Malaysia.

SELAMAT Menyambut kemerdekaan....Negaraku Malaysia

credit: mey's

Wednesday, August 26, 2009

Apple...

Apple computer transparent screen.....wow

credit: strangeworld

Monday, August 24, 2009

pose dolu2 vs pose sekarang

salam ramadhan ke 3

Sahur


dolu2 time sahur kat umh makan nasi panas meruap, lauk pun panas2. after sahur borak2 dgn abang2, sis and adik. sampaikan kena marah dgn maa coz bising sampai satu taman leh dgr.heheh

dolu2 time sahur kat dungun, makan je nasi sejuk dengan lauk yg dah sejuk. kadang2 sahur mkn burger pun dah lepas

dolu2 time sahur kat shah alam, makan nasi berlaukkan sambal bilis. tapi sambal bilis tu sedap sgt. wat aku rindu kat sambal bilis tu.sheh kamu try contact x sis yg jual sambal bilis tu.

tapi sekarang sahur dgn roomate and housemate baru.terasa cam sahur kat umh coz sahur ramai2 and dalam umh. makan share2.sharing is caring kan.


with my housemate ~ Astro 09


Berbuke

dolu2 time buke makan yg mknn yg ringan2 dlu like mee goreng or bubur lambuk
kul 10 cam tu baru cari nasi....hehe tapi sahur ttp sahur...sbb tu klu duk umh compem gemuk.berbuke plak seronok coz dgn famili sendiri

dolu2 time buke kat dungun, buke makan beli kat bazaar or kat kafe jer..kalau kat kafe kena beratur and tapau gune taperware.. mmg kelakar waktu tu. aku igt lagi mek sha beli sambal kerang kat bazaar pastu sakit perut..naseb bek aku x makan sekali.hehehe

dolu2 time buke kat shah alam pun same cam kat dungun..beli kat bazaar.tapi selalu jer beli nasi kerabu.sbb aku suke daging bakar die.sodap

tapi sekarang buke dgn housemate yang hepi go lucky semua...seronok..ade je yg jadi bhn lawak...buke pun ala kadar je...kami share beli lauk serba sedikt di bazaar pastu mkn ramai2..lebih jimat..ciap kumpul duit umh plak tuh...good job.

wassalam....

Saturday, August 22, 2009

Kawalan Jangkitan Influenza A (H1N1) di Rumah




1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan
apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci
tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan
alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh
dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain
seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit.
Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh,
lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil)
seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit
(sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan)
beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan
adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.


Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri.
Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam
serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.


3. Sakit dada berterusan.


4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.


5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.


6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.


7. Pening bila berdiri.


8. Kurang kencing.



- - - - - - - - - - - -


n3 ini ditulis berikutan H1N1 yg menular di kalangan pelajar UiTM sekarang
dan sudah pun ade yg maut disebabkan H1N1 ini
so aku decide nak masukkan n3 ni kat blog Nothing Interesting In Here ini
sesungguhnya tetap ade sesuatu yg boleh dikongsi dengan blogger laen.dan juge boleh mengingatkan aku juge untuk mengawal H1N1 ni.
takziah dan Al fatehah kepada yang maut kerana H1N1 ini.

Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah
menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini.



credit: iluvislam

Thursday, August 20, 2009

ceritera anak sedareku.....

aku skip clazz HR tech hari ini. ianya sungguh tak tercapai akalku bagai lagu Elyana itu.
ape tidaknya rase mengantuk yg amat.lalu tidola tuan tanah hingga tak hengat dunia. mintak maap ye puan, i skip ur clz today...hehehe


aik ini ceritera tuan tanah ke ceritera anak sedareku
of cozla ceritera anak sedaraku yg sangat gelatat itu, Ain
dah namenya title kat atas tuk die...hehehe


ceritera bermula apabile aku online fb tadi, so jalan punye jalan, cari punye cari sampaila satu page search ni, tetibe mata ini terlihat pic ain gelatat tu. plak tu digunakan sebagai profil picture org tu plak...adeh
glamor sungguh ek anak sedareku. ni mesti org tu suke pic budak gelatat tu.xpe tuan tanah tak marah pun. just terkejut coz pic anak sedareku msuk fb sbg profil picture org len....
kalau budak gelatat tu tau yg pic die ade org gune pakai.apekah reaksi beliau ye...
malas aku nak amik tau.


ini buktinya.......

Wednesday, August 19, 2009

: : Marhaban Ya Ramadhan : :


Assalammualaikum.....

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang.
Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Selamat berpuasa dan wassalam.

Tuesday, August 18, 2009

entah kenapa aku pun tak tau........


credit to isuhangat...
aku suke ayat tu

''to make money we lose our health
and then to restore our health we lose our money...
we live as if we are never going to die,
and we die as if we never lived
....''


tetibe teringat time aku bace blog arwah asri
last entry yg dipost oleh beliau pada mei
hanya 1 komen di post b4 arwah meninggal dunia,
tetapi slps arwah pergi tak kembali, terkejut gak hampir tiga ratus
lebih komen dari blogger.....banyak kan
setiap yang hidup pasti akan mati



peristiwa tengah hari tadi...
malas nak cite banyak sebab aku pun tak tau
macam mane perkara yg sekecil itu pun aku leh wat tak tau je.
padahal bukannya aku x reti nak bace
itula yana kenapa tak bace dulu
wat lagi perangai cam bebudak umur 6 tahun.
mmg aku agak blur cket sejak minggu lepas lagi
tetapi tahap keblur-an aku dah mencapai tahap maksimum plak
susah gak kalau camni :(
si anem plak siap twarkan 5 juta utk tutup rahsie itu....hampeh punya anem.




Sunday, August 16, 2009

malas aku nak letak title......buleh

letih + lapar + sakit kaki + heppi + exercise + berpeluh = berjoging


Faedah daripada berjoging

1. dapat menyihatkan badan
2. dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging
3. dapat menguruskan badan
4. dapat mengurangkan tekanan


Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan.

''kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita 'buat selama-lamanya. So gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah "



info: kebaikan berjoging

Saturday, August 15, 2009

memperkenalkan.......

memperkenalkan
our new famili member

1. kiko
2. koko
3. kiki


Wednesday, August 12, 2009

roomate baru!

me + ainaa + 3 = famili

tapi kalau pegi joging
mereka x boleh join
nak makan pun
dorang x boleh join


name pun telah diberi
yg pertama = kiki
yg kedua = kiko
yg ketiga = koko

Tuesday, August 11, 2009

trip lagi!.....:)


just a picture from
my trip to Astro and PSN.

Sunday, August 09, 2009

1 week after cuti H1N1

03.08.09

ingat lagi pasal n3 lepas yang pak ndak sakit tu, terkejut time terima call dari kak ida. coz aku sempat jumpe pak ndak aku time nak hantar die masuk wad. he's ok time tu. ciap boleh jalan sendiri lagi. Plak tu ciap leh bawa keta lagi pi pasar beli barang dapur pada pagi tu... Tapi alhamdulillah die dah beransur pulih. Thanks to all blogger yang terbace n3 tu and doakan pak ndak aku.


05.08.09

Pada tarikh ini proposal trip kami telah selamat di approve kan oleh Dekan FPTP, pada mulanye amat risau coz tarikh untuk pergi adalah pada hari selasa next week. so kalau tak approve juge proposal itu, kami terpaksa menukar tarikh lain. Alhamdulillah, akhirnya proposal tersebut berjaya. First time jumpe TD, Dr Baharom, masuk jerk bilik beliau, beliau tidak cakap banyak pun, just tanye ttg ape pastu bace cket2 proposal tu, terus sign. Beliau juge ciap tolong check kan lagi if Dekan ade kat bilik or not. Sonang betul kerja kami time tu.


"go see the Dekan, she's in"

Masuk bilik dekan plak, beliau cam terpakse meluluskan kami punye proposal. maby beliau tengok TD and KP dah sign. beliau pun approvekan juge. Kena basuh gak kami sekejap. Memang sepatutnya proposal kena submit and approve by 2 weeks before trip. 2 week before kan, kite cuti H1N1.heheheheheh.



07.08.08

First quiz for this sem adalah subject mandarin, bersemangat gile study mandarin. tapi leh plak study sambil online, ceh semangat la sangat. soalan senang, just 6 soalan. Soalan pun simple jerk. Memang seronok time clz mandarin. Leh hilangkan tension 1 minggu tu. Clz ni kalau tak gelak x sah...:)


08.08.09

Hari ini hari sabtu, decide untuk pi jenjalan and shopping with my housemate. Penat tak payah nak kate, hanya tuhan yang tau.

" Umie kalau macam ni kite keluar sekali setahun sudahla"

Kata-kata aku kepada umie time nak balik. sampai je kami kat KL Central first kami buat pergi cari and beli mask. Almaklumla H1N1 tengah menular ni. Lagipun dah janji dengan abah kesayanganku untuk memakai mask, kalau x rase berdosa la plak.


aku: Assalammualaikum, hello abah nape org call maa tak angkat.
abah: waalaikummusalam, die tgh masak kat dapur.
aku: maa masak benda pagi ni
abah: maa masak mee rebus
aku: kecur air liur, sedap gile.
oooh sedapnye. abah org nak kuar pergi KL dengan aina and bebudak umh ni
abah: haaa, berjalan saje kamu ni, H1N1 ni xpayah pergi la tempat ramai org camtu
aku: olo bukan selalu, org janji pakai mask....hehehe, boleh
abah: yela jalan elok2.
aku: ok


abh! ni bukti anakanda mu memakai mask pada hari itu.




So aku pakaila mask time jenjalan kat KL, memang rase cam lawak tapi ramai gak yang pakai. Itu atas kesedaran sendiri untuk menjage diri sendiri. Orang len pun tak pandang pelik pun.





Thursday, August 06, 2009

banyak yg aku sudah lupa'..........

First of all sambung balik kisah pak ndak aku yang sakit, alhamdulillah beliau sudah beransur pulih cuma belum boleh balik, masih dirawat di hospital Seremban ditemani oleh Mak Ndak aku, harap semuanya ok. Thanks to all blogger yang sama-sama mendoakan kesejahteraan Pak Ndak ku. Jasa baik korang hanya tuhan yang akan balas.



banyak yang aku sudah lupa rupa-rupanya.....



Alhamdulillah juge Nisfu Syaaban telah aku laksanakan dengan sebaik-baiknya insyaAllah. Esok pula aku akan melalui quiz pertama, yang juge penghulu segala quiz untuk sem ini. Senang cerita sebenarnya banyak yang aku sudah lupe. Mana tidaknya sudah hampir setahun meninggalkan subjek Mandarin tu. Banyak la juge makne2 yang aku dah kurang ingat. Pendek kate nak kena flash back balik zaman amik diploma dulu. So doakan aku untuk quiz yang pertama ini.Ameeen.

Wednesday, August 05, 2009

aku hanya mampu berdoa

semalam.....

terima satu berita
from Kak Ida
one of my cousin
berita ttg pak ndak aku kat Seremban
dh sakit teruk.



dua minggu sudah......

melawat pak ndak aku kat seremban
pastu teman hantar beliau ke hospital
beliau mmg selalu masuk wad

"kalau tuhan nak amik nyawa die pun dah redha"

kata-kata beliau pada 2 minggu yg lepas



hari ini......

Abah: abah on e way ke Seremban ni
Aku: dah sampai mane?
Abah: dah sampai keratong
Aku: nanti pepe hal inform org balik., kim salam kat mak ndak sekali


bile ingat balik time pakndak aku cakap tu
sedih plak
die pun dah kurus gile aku tgk
aku kat sini hanya mampu doakan yang terbaik utk beliau
ameeeen...

Monday, August 03, 2009

: : kawan itu ibarat macam-macam : :

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!! sekalipun
dia tetap kawan...



:: ThE FoLLoWeRs ::