Wednesday, March 25, 2009

Pelatih Selebriti PLKN


DIANA Danielle melambai tangan sebelum menaiki bas yang membawa para pelatih PLKN ke kem latihan di Sepang, semalam.WALAUPUN sibuk dengan karier lakonannya, pelakon remaja Diana Danielle tetap akur menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Diana menjalani latihan itu selama tiga bulan di Kem Princess Haliza, Sepang bermula semalam. Pelakon berusia 18 tahun itu sebelum ini terpaksa menangguhkan latihan tersebut tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.




KUALA LUMPUR 19 Mac – Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.

‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu
tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.

“Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Seb
elum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,” kata Norsiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelakon berusia 18 tahun ini terpilih menyertai PLKN kali ini selepas terpaksa menangguhkannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.

Jelas Norsiah, Diana tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem itu pada bulan Ogos.

“Dia terpaksa menjalani penggambaran filem itu selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sedangkan dia terpilih menyertai PLKN selepas itu iaitu pada Disember tahun lalu.


“Disebabkan pertindihan waktu, Pengurus Produksi filem Kecoh Betul, Hasni telah berjumpa dengan pegawai PLKN untuk berbincang bagi mendapatkan kebenaran penangguhan Diana daripada menyertai kem itu.

“Diana terpaksa membayar ganti rugi kalau dia tidak dapat menjalani penggambaran Kecoh Betul yang memang sudah lama dirancang. Syukurlah masalah itu sudah selesai dan akhirnya anak saya dapat juga menyertai PLKN,” jelasnya.

Kes penangguhan Diana menyertai PLKN Disember lalu mencetuskan berita sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.

Tambah Norsiah, penyertaan Diana itu secara tidak langsung turut membuktikan anaknya bukan sengaja mahu mengingkari arahan kerajaan, sebaliknya ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak da
pat dielakkan.


haha bagi pendapat daku kan

banyak kebaikannya menyertai PLKN ni coz bkn nak kena keluar duit pun..even kerajaan plak yg keluarkan duit...hehe.bagusnya PLKN ni coz dpt ramai kawan baru nak2 kawan2 yang bukan beragama islam, situasi baru, kerjasama antara team, rasa hidup susah dan senang,berdiri diatas kaki sendiri

time daku pi PLKN dulu byk gile kenangan pahit dan manis,merasa la jugak tido dlm hutan sehari dgn hanya memakai baju celoreng PLKN yg tebal tu...plak tu diwajibkan pakai kasut time nak tido..merasa la gak duty cam askar kul 3 pagi...tugasnya mengawal dorm wirawati...merasa gak tido di atas jalan tar sementara menunggu rakan2 len yang sesat time masuk hutan..dasyat kan..berkayak sampai berlumpur seluruh badan...bangun seawal 6 pagi n then solat subuh berjemaah kat surau wahh manisnya kenangan itu...bagus jugak daku dihantar ke kelantan...dari situ daku menjadi kuat dan lebih berdikari..coz klu dpt kat hometown sure la famili leh gi jenguk selalu...tp yang x besh nye muka gile rentung time plkn tu..

so kepada adik2 yang terbace entry ni yang dapat Plkn tu pergi la tiada ruginya..byk kenangan manis time kat sane..just enjoy kat sane..pandai la menjage diri ok.dun wori be hepi..Next aku nak mencapapkan pics daku time kat Kem PLKN Cancun Park,Pasir Mas Kelantan...

time aktiviti sosial..pi melawat kampung2 kat kelantan..n bergotong royong cket...singgah kat pasti jap amik gambo.daku pun dah macam dorang kan...hehe

time kat padang kawad berkumpul b4 nek bus nak gi jenjalan...mereka adalah sahabat yg sentiasa bersama daku spjg kat sane...windu mereka...slh seorg nya berada disini...

Pics ni diambil b4 nak balik after perasmian penutup kem kami...sebelah daku Ah kuan..slh seorg kwn chinnese yg rapat dgn aku time kat sane..kami still berhubung sampai skrg...now he further his study at Australia in mechanical engineering..gud luck Ah Kuan...wish u all the best

8 comments:

ihsan_huhu said...

fuh.. bes gle PLKN. g lepak2 dpt duit n dpt usha awek

kl aku pon aku g

LaLaw Sahaje said...

slmt ary rabu gakkk..
owhh teringt zaman PLKN dulu missh alott

chentanuriz said...

hype sis..link me back k..

panggil aku sheh said...

aku alumni plkn kem titian bintangor,n9..
anybody?

Rashid said...

hmmm dah pergi PLKN rupanya..

Baguslah.. kerna dah melalui pengalaman manis-manis belaka. Rasanya kalau dipanggil lagi nak ikut lagi tak?

senget said...

wah.. sume penah gi plkn ke.. :P
daku tak pernah pegi.. :P
hahahaha...
hish gelap la si diana tuh lik dr plkn t.. :P
huhuhuhu...

hakim said...

cantik sungguh diana danielle tersebut. hahaha

rizz said...

wahh plkn hehehee

:: ThE FoLLoWeRs ::