Saturday, February 27, 2010

+++ izinkan aku bernafas dan membuat keputusan sendiri.................




aku perlu ruang dan masa
untuk bernafas
untuk berfikir secara tenang
untuk membuat keputusan yang terbaik
untuk menilai buruk baiknya
untuk aku membuat pertimbangan yang sewajarnya
untuk aku memberi jawapan bukanla semudah
makan meggi yang sudah kembang!



AyanaAsham*in a relationship tu luas maksudnya....................


Friday, February 26, 2010

+++ Cinta Kepada Rasulullah S.A.W


Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."




AyanaAsham*esok operasi packing barang2 tuk anak yatim......


Wednesday, February 24, 2010

+++ Lagha................

ade ke orang sebut lindungi garisan.....
cover line la pak cik oi




AyanaAsham*lalalalla hari2 keja....selamat terbang dengan selamat ke labuan buat naem


Monday, February 22, 2010

+++ hupdate

mood = busy





bercanda bersama Qaseh di zoo baru-baru ini :D




AyanaAsham*Qaseh lum setahun dah boleh jalan tapi hazid dah setahun lum lagi...ngeeeeeeee


Saturday, February 20, 2010

+++ DARAH dan PERSONALITI

Salam.......




Darah = Sikap kita

Selain tarikh lahir dan bulan menentukan sikap kita...jenis darah juga ada kaitan denagn perangai sikap manusia....kebenaran di sebalik semuanya....kita fikir2 lah sendiri ya....
Lets check it out..

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

credit*alifbata,blogger



AyanaAsham*Aku kumpulan darah AB.Agak tepat juga la...tapi xla 100 peratus..ngeeeeee.Sekalipun tak pernah pi derma darah.Ade problem pada darah cket.

Thursday, February 18, 2010

+++ Syoknya duduk rumah masih belum habis........

kaki aku tidak berbulu ye!

Salam blogger

Apa khabar anda semua, sihatkah?aku kat sini sudah tentulah sihat mihat.ngeeeee.Syoknya duduk rumah tak dapat nak terluah dengan kata-kata.Sungguh enak,dan nyaman sekali.Bagi sahaja cadangan nak makan apa.InsyaAllah terlaksana..shuke2.

Yang seronoknya lagi dapat pula merehatkan kaki yang tiap2 hari meredah tangga yang tiap2 hari bila dihitung hampir seribu anak tangga aku daki dan redah.Fuhhhhhhh banyok gilos tu.Leh ar lepas ni masuk pertandingan menaiki tangga Menara kuala lumpur or Petronas kan.Ceh berlagak siot.Tak lama dah nak balik ni,so rehatla ko cukup2 ye wahai kakiku.

Tuesday, February 16, 2010

+++ 2 is Better Than 1




Boys Like Girls — Two Is Better Than One lyrics


I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

'Cause maybe it's true, that I can't live without you
Well maybe two is better than one
There's so much time, to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two, is better than one

I remember every look upon your face,
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everythings okay
And finally now, we're leaving

And maybe it's true, that I can't live without you
Well maybe two is better than one
There's so much time, to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two, is better than one

Yeah, yeah

I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey

Maybe it's true, that I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time, to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking

Oooh I can't live without you
'Cause baby two is better than one
There's so much time, to figure out the rest of my life
And I've figured out with all that's said and done
Two, is better than one

Two is better than one



AyanaAsham*single tidak selamenya............tapi single ttp terbaek! hehehe :D


Sunday, February 14, 2010

+++ Bulan ini bulan cinta?



love is?



Salam......

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.



Setiap Hari adalah Hari Kekasih



Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Credit* iluvislam




AyanaAsham*Cinta kasih sayang ialah cinta ibu ayah, Cinta bahagia ialah cinta pasangan kita, Cinta bahagia dan kasih sayang ialah cinta ALLAH.

Saturday, February 13, 2010

+++ Rumahku Syurgaku :D



dah sampai rumah ;D



misi adalah menQada Tido dan makan banyak2




zzzzzzzzzzzzzzzzz :D






AyanaAsham*Hepi CNY tuk popo,momo,auntie, uncle and datuk belakang rumah tepi rumah sebelah kiri kanan...ngeeeeeeeeeee


Friday, February 12, 2010

+++ Nak balik aku sangat suke, nak packing aku sangat malas :D

+ beg Laptop


Abahku cakap tol hari ni free start kul 11 malam.Rasa cam sampai lewat je ke kuantan.Tapi takpe asal buleh balik dengan selamatnya.amin

Najib sungguh jambu hari ni dengan berbaju melayu pinknya, Hospital UiTM bakal dibina tidak lama lagi.Manakala peruntukan satu juta bakal diberi kepada UiTM untuk proses pembinaan fasa 2 dan fasa 3 kampus Puncak Alam.Pertama kali melihat NC baru UiTM.Pertama kali juga melihat PM kita.

Packing tak siap lagi.Malas betul.Bab balik aku suke la tapi bab nak packing ni sungguh aku tak ada mood.aihhhhhhhh.



*pinknya najib




AyanaAsham*bawa balik eisaimen tapi tak tau la wat ke tidak....ngeeeeeeeeee

Thursday, February 11, 2010

+++ Ini bukan lagu menuju puncak dalam AF, Ini adalah Perasmian Puncak Alam


Salam hari khamis..........


1. Kenderaan dibenarkan untuk dibawa ke kolej ( tetapi pihak kolej dan fakulti tidak akan bertanggungjawab atas kekurangan kawasan letak kenderaan)*Kalau di Shah Alam, student yang stay kat kolej jangan harap la nak bawa transport sendiri, yang bawa pun mungkin Mpp dan JTK tertinggi kolej.Tapi yang tak bestnya bila salah parking je terus saman.

2. Dua bas UiTM akan disediakan untuk ulang alik dari kampus puncak alam ke kampus induk.*This sem dah start ade rapidKL,memang satu kemudahan penting kat sini.Sebabnya bus UiTM tu tak cukup nak tampung kami kat sini.

3. Food court akan disediakn di dewan makan kolej rafflesia dan kolej angsana.Dewan makan akan dikongsi oleh pelajar lelaki dan perempuan.Pelajar lelaki akan ditempatkan di Angsana manakala rafflesia akan menempatkan pelajar perempuan*Sememangnya kafe kat Rafflesia akan dipenuhi dengan manusia yang datang wat discusion.Manakala Angsana pula lebih kepada agenda makan2 dan usha2 mamat2 dahi licin.ngeeeeeee.

3. Surau akan disediakn di dewan makan kolej angsana*Bile agaknya nak ade masjid sendiri.Lebih fleksible terutama bile bulan puase.

4. Router untuk wireless telah siap dipasang di kawasan dewan makan.Wireless and network system telah di upgrade oleh pihak yang bertanggungjawab.*Aku blogging gune wireless je.Agak pantas siap leh download lagu ag.Tapi maby aku duk level 6, Level len aku tak tau la plop.Tapi kira bersyukur la juga, lebih baik berbanding tahun lepas.

5. Untuk semester hadapan,semua pelajar akan dapat kemudahan kolej tetapi untuk semester yang seterusnya,kolej hanya disediakan bergantung kepada keaktifan pelajar di kolej. Bayaran hanya dikenakan kepada pelajar ijazah sahaja sebanyak RM 420 per semester.*Alhamdulillah tidak perlu bersusah payah cari rumah sewa.Lepas ni pun tak perlu dah pikir nak register kolej.Tak yah nak kelam kabut mintak kat orang tu orang ni kupon kolej.

6. Sistem kolej di kampus puncak alam adalah apartment yang boleh memuatkan seramai 8 orang serumah dan 2 orang sebilik.Pelajar dibenarkan memilih pasangan bilik sendiri.*Yang ni aku suke, sebabnya aku diberi kelonggaran untuk memilih sendiri rumate and housemate sendiri.Satu kepala kan lebih afdhal.




AyanaAsham*Puncak Alam nampak berkilat, sebab menantikan PM.Kalau PM tak datang aku dah cabut hari ni dah.ngeeeeeeeee

Wednesday, February 10, 2010

+++Jiwa kacau memikirkan cuti yang tak macam cuti

Salam blogger

Baru je sudah memanaskan air untuk memanaskan kembali kuah laksa yang aku beli petang tadi.Kesimpulannya aku baru nak makan, well blogwalking dulu baru leh wat keja len yang tidak dilabelkan sebagai lagha itu.Sori cket aku bukan buat keja-keja lagha ni, aku membaca la.Membaca baik untuk minda..ngeeeeeeeeee

Lagi 2 hari je lagi, nak balik dah. Bak kata Cik Ana tadi, u all ni dah terbayang tiket bus la tu kat mate.Sudah semestinya la Cik Ana, tapi kami dah beli awal2 lagi dah.Jiwa aku dah lame pergi, dah lame tak ade kat puncak ni, dah lame tak ade hati nak tengok buku, tapi kena tengok gak la.tanggungjawab kot.

Berbalik kepada cuti, Abahku sudah plan baek punya, katanya mau pergi lagi ke Gambang Waterpark.Tapi abahku takkan cuma kita bertiga.Kalau ada si ain, akid, danish dan qaseh kan baru kebabom. Baru syok..Macam malas je nak pergi itu gambang waterpark.Sebab sudah pegi, kalau cuti sure ramai yang pergi, mesti la tempat buatan manusia itu akan dipenuhi juga manusia yang berbilang kaum dan agama. Dah terbayang kat mata ni betapa sesak dan padatnya nanti. Tidak pun kite pegi mancing je bah...ngeeeee

Cuti bukannya macam cuti sangat pun, Lecturer cibuk nak bagi aisaimen tu aisaimen ni la.Mane dengan aisaimen lainnya lagi, dengan report L.I lagi, dengan databasenye, quiz nya after CNY,waaaaa banyaknye keja sekolah.jiwa kacau betul la.Baru ingat nak pi beraya di rumah auntie, uncle dan nyonya belakang rumah, tepi rumah depan jalan belakang lorong tu.Aihhh potong tul la.Kalau tak sure leh dapat limau mandarin dengan ang pau.

Tamat sudah.......



jangan risau itu bukan tiket bus aku :D




AyanaAsham*hujan diluar sangat lebat, mungkin sebab ade konsert di FSK.Tula sape suh tak jemput.ngeeeeeeee

Tuesday, February 09, 2010

+++ iluvOM




AyanaAsham*walaupun macam2 yg ckp pasal OM....aku cinta sayang kamu!

Monday, February 08, 2010

+++Double of "L"


Hari penat sedunia.
Letih dan Lapar
Menunggu nasi goreng kampung datang bergolek!




AyanaAsham*kenapa ade 24 jam je sehari?

Sunday, February 07, 2010

+++Ana Raffali dan baju kebaya........


Hujan Bunga di Kuala Lumpur

Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.


sila usha sini utk tahu lebih lanjut



Ana Raffali antara artis baru yang nak menapak.Antara lagu lain ialah Tingkap kaca,Mekanika, My darling, Ghost and Paint Me.Kelainan cik ana ni satu die dengan dressing nya yang uniquely berbaju kebaya dan berbaju kurung sebagai gaya tersendiri dalam setiap show. Untuk naik cepat memangla kena ade identiti yang tersendiri.Tapi agak comel dan ayu dengan berkebaya dan berbaju kurung.Shuke tgk pempuan pakai baju kebaya :D



AyanaAsham*Ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta, tapi tak pula beritahu dengan siapa :D

Saturday, February 06, 2010

+++ibuku kata nasi dan ayam paprik yang ku makan sangat sedap.......

Salam....

Sebelum jari jemari kaku ku menekan-nekan kibod ni,beliau baru selesai menyelak kain langsir dan dikepit dengan menggunakan pengepit rambutku.So sape kate pengepit rambut tiada kegunaan lain.Itula kegunaan lainnya.Boleh digunakan sebagai pengepit kain langsir.Berbalik kepada title di atas, maa! masakan maa adalah terbaek kot.Jika diberi pilihan aku rela tak makan kfc yang menjadi idaman untuk hari ni.Sebabnya air tangan ibu tiada bandingnya dengan yang lain.Sungguh tak tipu ni maa.Hehehe walaupun orang tak selalu puji masakan maa.ngeeeee.Biasela ibuku, anakmu ni kan kalau time makan lebih suka berdiam diri.Menikmati la katakan.(alasan semata)



Ibuku, tapi KFC sedap gak kan :D




Nasi dan paprik dan air cincau.Cost hari ni ringgit malaysia 4 hengget.hengget tu dah jadi kebiasaan untuk disebut.ngeeeee.Tapi kalau nak dibandingkan dengan masakan maa.Of coz la jauh panggang dari api.FREE la kan.So lepas habis blajo ni aku nak duduk umah sebab dapat makan free, tak perlu bayar, leh simpan duit nak beli mitsubishi aitrek idaman.(berkeadaan senyum sinis)Teruk sungguh anakmu yang sorang ni kan.Hari ni kat angsana tak ramai mamat2 dahi licin so program mengUsha tak dapat dijalankan dengan baik.Kena blah before maghrib berkumandang.ngeeeeeeee.


S.A.D = SEDIH



SAD sama dengan sedih dalam bahasa ibunda bahasa melayu.Walhal perkataan tu sangat kena la dengan maksud bahasa melayunya.Sungguh sedih aku melihat soklan S.A.D atau lebih tepatnya System analysis and design.Takde yang lagi sedih ke nak bagi Cik akma.Pening pale takyah cakap dah tahap dewa pun ni.Aku shout SAD = SEDIH kat facebook tadi.Semua duk kate kalau dah sedih menanges sudah.Sungguh prihatin mereka2 itu.SAD belum sampai nak nanges ag.Kena bertahan sampai final nanti.cewahhhh berlagak nak mampus.TITIK





AyanaAsham*sabtu yang bosan(sebab sebelum ni tiap2 sabtu je kuar)

Friday, February 05, 2010

Jumaat bukanla hari tido sedunia.........



tgh pk camne nak dapat duit banyak :D



Salam....

Tiap kali jumaat je sure aku mention jumaat, friday or hari segala hari kat FB.Biasala aku punya waktu terluang untuk mengarut kat dalam facebook tu.Memandangkan jumaat, ramai la dak2 kelas shout tido je lam facebook.Apela korang ni tido je reti.Macamla aku tak tido.hahaha.Korang ni bukan reti nak buat aktiviti berfaedah cket.Jomla pi joging ke,kacau orang ke,kacau mamat2 yang tak bape nak single kat puncak ni ke, usha2 mamat2 dahi licin ke.Ape salahnya asyik lelaki je usha pempuan dahi licin.Aku pun nak gak lihat indahnya ciptaan DIA.


Tadi text akak kat tempat practical mintak tolong e-mailkan pic buku log surat keluar masuk kat Jabatan pendaftar.Aku dah pun dapat idea nak wat database.Tapi takla mampu dibanggakan sangat.Sebab database tu akan jadi the simple one.Hope kak waida leh la send secepat yang mungkin.Minta maap la jika telah menyusahkan anda.hehehe.Bersopan la pulak.Tetapi kerajinan untuk menyiapkan report LI tu tak datang2...aihhhh payah sungguh kalau dah namanya pemalas.Bila la nak berubah jadi rajin.


Jumaat dah datang, sabtu datang kejap je lagi, ahad pun tak nampak batang hidung die lagi.So plan dis week mahu buat exercise SAD, seperti biasa aku hanya la insan yang mampu merancang Dia la yang menentukan segalanya.Last minute baru kite buat ye* ditujukan kepada housemate merangkap classmate ku.Aku dan housemateku dah start mengUsha keja.Tinggi cita-cita ni nak keja teros xmo duk lepak goyang kaki kat umah.Tapi aku risau ni!



geng-geng pegi joging petang tadi.....




AyanaAsham* Next week dah start quiz.....aihhhhhhh

Thursday, February 04, 2010

sangat la sangat

salam dimulai



minggu ini dilalui dengan hari2 yang sangat la sangat....


1. sangat2 letih

2. sangat2 penat (mengong penat dgn letih tu kan same)

3. sangat2 byk esemen

4. sangat2 bz

5. sangat2 kelaparan tapi kurang berselera ( ape kes)

6. sangat2 tak cukup tido tapi tak pulak mengantuk

7. sangat2 banyak sesi memerah otak

8. sangat2 rindu rumah ( maa + abah)

9. sangat2 malas (nak tulis pjg2)




AyanaAsham*lagi seminggu je ag...jiwa saja disini hati dah ada kat sane :D


Wednesday, February 03, 2010

anak kepada kakak kepada sepupu kesayanganku!







sungguh comel
sungguh kiut miut
macam nak peluk2 nih..
macam nak cium2
marila berkenalan dengan pesaing ht aku
wan mohd farish iskandar wan m.azidi~ore kelate ni :D








AyanaAsham*acik dah ade pesaing di hati aku ni...leh kalah kot si akid...ain tak kire sbb die minah gelatat.

Monday, February 01, 2010

+++Cool kah kalau berFB?


ini adalah facebook bukan papan tanda yang menandakan arah jalan



Salam......
Orang yang tak punya akaun facebook tak cool ek!
Semua pun tau,boleh dikatakan semua orang punya akaun facebook masing2 kan.Baik student,pekerja,majikan,lecturer,vc,mahupun menteri kabinet sekalipun.Malah baby yang baru lahir pun punya akaun facebook mereka sendiri yang dicreate oleh parents mereka.Itu bukan la lagi satu kepelikan.

Apa yang seronoknya berFB ye!Jika dulu aku asyik dengan Friendster, sampaikan myspace pun aku ade cume dah bersara.hahaha.Setiap rangkaian sosial ini punya kelebihan sendiri.Tapi facebook bagi aku mempunyai daya tarikan yang tersendiri.Betulkah itu.Yela sehinggakan comment boleh dicapai sehingga ratusan ribu dalam satu2 masa daripada semua pemilik akaun facebook masing2.Facebook juga merupakan platform bagi menyuarakan pendapat masing2.

Facebook menjalin kembali hubungan di antara schoolmate malah PLKNmate ku.Itu termasuk salah satu sebab facebook lebih menarik perhatian berbanding rangkaian sosial yang lain.Malah dapat mengetahui isu2 semasa lebih cepat dan pantas.

Namun facebook juga punya kelemahan yang mungkin kita tidak sedari.Salah satunya, Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

Seperti yang kita semua tahu,Facebook adalah salah satu produk ciptaan Yahudi.Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Antara tips yang boleh diambil untuk lebih berhati2 dalam penggunaan facebook ni adalah: *sumber dari harian metro

1. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
2.Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
3. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
4. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
5. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.




125 comment**sungguh aku membuang masa disini.tapi aku shuke!hahaha



AyanaAsham*Tepuk dada tanya selera...sumber diperolehi dari Metro dan blogger berkaliber.

:: ThE FoLLoWeRs ::