Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha


smlm bjaya belajo wat ketupat stlh bertahun blajo
akhirnya bjaye gak...hehe

hari ni ofis sunyi sepi
yg kedengaran bunyi keyboard je
ramai yg cuti hari ni
student LI xleh cuti okey
so terpaksa bertapa mengadap kabinet besi!

salam aidil adha buat semua :D

Monday, November 23, 2009

1st day

hari pertama praktikal

supervisor lelaki~Encik Razak
dpt HR
so far kat sini
aku x mati kebusanan
dpt byk bantuan dr kak Su

Sunday, November 15, 2009

Apa Yang Penting....



1. Jawab Last Paper~HR Development pagi ni.
2. Peluk2 Cium dengan Housemate.
3. Balik Kuantan.


Pesanan Ringkas

Nurul Ainaa Baharum a.k.a roomateku:
jangan la kamu jadi pelumba litar sepang time balik nanti
jangan ingat nak sampai cepat tp terlupa orang yang tersayang...hehe


Ku Nem a.k.a dak kecik dan Tora datang lagi:
jangan terlepas bas plak korang ber2 ni
mentang2 la naik bas di padang kawad.

Sumi Samo Sano:
balik hati-hati jangan lupe turun balik KL~kamu tu praktical kat cn.hehe

Atasinchi:
jgn tido~tmn driver yang memandu.hehe
pasti rindu ns goreng buatan kamu


Ima:
balik elok2
kim salam famili ya!
hati2 kat air terjun
makan ayam bakar ingat la kat saye.



Saturday, November 14, 2009

Dan Sebenarnya......


ape yang sudah*

1. kemas bilik+rumah
2. packing barang
3. mop lantai
4. bersih kipas
5. cuci toilet
6. clearance


ape yang belum*


1. makan
2. minum
3. lepaking dgn housemate
4. habis study for last paper~esok!


sebenarnya*
esok!
aku nak balik dah~hahaha
....yay.....

Part 5 # OMB55C # R4303 # EspritDeCorp
++ End ++


aku rindu gile*

1. pantai
2. memancing kat tg lumpur
3. rindu kat tv
4. kat anak buah *ain*
5. pada masakan maa!
6. kat bilik sendiri
#uihh~tidak kesabaran mahu pulang ke Kuantan!#



*lama tak jejakkan kaki ke pantai*




Friday, November 13, 2009

sesuatu untuk menyambung sesuatu itu!



aku jumpa ni time dok mengusha blog org semalam
menarik juga kisah dua orang ini yang aku baca
excited betul yang si lelaki
ingat kan perempuan je wat list bila time nak kawen...

so aku kena mulakan sesuatu itu yg tertangguh semalam
wish me luck ok



Thursday, November 12, 2009

aku sayang abah aku!

Dah 2 hari aku asyik mengkelam-kabutkan abahku, ni semua ujrah punya pasal.aku dekat sini dahla sibuk dengan exam, dorang plak suruh aku wat macam2.aihhhh tapi memang salah aku pun, tak bace arahan dengan betul.padan dengan muka aku.abah memang abah terbaik..hehe coz sanggup dengar anak nya yang sorang ni berleter tiap kali tepon pastu suh wat itu wat ini.ade gak rase dalam hati janganla abah aku kena tekanan darah tinggi.

Penat kot hari ni, bangun awal pagi semata2 nak menguruskan ujrah.abahku plak sure la masuk keja lewat coz membantu aku menguruskan ujrah ni.xpe bah nanti orang belanja makan kfc kat Teluk Cempedak ek!tenkiu ya bah.Tenkiu to Anem gak.kalau tak mau terbang wang ringgit ku semata2 mengepos punya pasal.dah la tengah kering skang ni.aihhh, sayang kamu Anem!

Menanti last paper yang akan muncul tak lama je lagi.menunggu itu memang memenatkan. meja study pun takla berselerak seperti sedia kala, almaklum menanti paper last so semua buku dah ku humban ke dalam kotak dan ade yang dah pun diberi kepada junior ku.barang2 sampingan yang biasanya berada di atas meja ni pun dah ku simpan, tarikh clearance pun lagi 2 hari kot.so nampak len la plak meja ni~biasala mesti tunjuk yang elok2 je kan takkan nak tunjuk meja bersepah...hahahaha.wish me luck ok!doakan kejayaan aku untuk sem ni...amin.




meja yang bersih...hahaha
yang wajib ade ats meja ketika menelaah for last paper:
air, choki2, mr.black, dictionary yg xde kulit(sentimental value tuh)




Sunday, November 08, 2009

Kerana Telco~aku layan lagu ini




aku manusia lemah…
Selalu terjatuh..
berbeda aku darimu..
kau berdiri teguh..
aku seperti ada
aku kekurangan..
dan bila kau tiba
aku hilang dari kewujudan..


Sempurnya sifatmu..
tulusnya hatimu
jujurnya niatmu
tingginya kesabaran mu..
lepaskanlah diriku kerna
aku tak mampu tuk menangung
sebuah cinta sempurna darimu..
darimu…oh oh oh…


Bukan aku tak pernah
mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
kau berikan aku..
hilangkan rasa ini
dan akhirkan semua..
dan bila kau sedar
aku hilang dari kewujudan..



Saturday, November 07, 2009

{ truly sorry



++ jaga hati dan perasaan Orang++



minta maap
aku dah buatkan kamu menangis
sungguh x sengaja
minta maap
x sengaja mulut ni keluarkan kata2 itu
minta maap sesangat....
x sangka aku ni teruk gile leh wat org menangis...
teruknya aku!
aihhhhhhh




lawak bile bce komen n3 yg lps. semua budget tau psl Eric. padahal xtau pun...
erm n3 tu bkn pasal aku ok. kpd lelaki2 yang terbaca n3 tu. why not u all gunakan idea kat bwh tu tuk pikat gf u all. mby success who know!
just suggestion....



Thursday, November 05, 2009

mms dari Eric...

+pelangi+
see the miracle?
"odd colours come together to build a better picture"




+gelap malam+
"
my life without your sunny smile"



+bateri energizer+
"full of positive energy even if i can only see a glimpse of us together in future"



+masjid+
"keep on hoping for tomorrow happiness"



+handyplast+
"to cover your broken heart, to hide your secret"





+jam+
"the clock is ticking...as steady as my heart beating"




+ulam+
"good for your heart and soul"




+ubat batuk+
"I'm overdosed with your beatiful inner self"




+bantal+
"will hug you forever and ever...."






die sangat cute kan!
p/s=selamat sdh 3rd paper.erk gile ssh.ntah dpt ape!
jom pulun telco plak.wish me luck









Monday, November 02, 2009

menghitung hari...

Syarat2 tawaran penempatan:

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

1. Sebagai Peserta Latihan Industri, saudari bukanlah seorang kakitangan dalam perkhidmatan tetap Universiti Malaysia Pahang dan dengan sedemikian saudari tidak berhak mendapat keistimewaan yang biasanya diberikan kepada kakitangan dalam perkhidmatan tetap Universiti Malaysia Pahang

2. Saudari dikehendaki menyerahkan resume berkenaan diri dan kelayakan bagi rujukan dan simpanan

3. Saudari dikehendaki menjalankan tugas dimana-mana tempat dan pada bila-bila masa seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftar dan pegawai-pegawai lain yang bertanggungjawab terhadap pejabat berkenaan.

4. Universiti tidak terikat untuk memberi saudari jawatan di dalam perkhidmatan Universiti setelah tamat tempoh Latihan industri ini

5. Sekiranya saudari bersetuju menerima tawaran ini dengan syarat-syarat tersebut di atas, sila lapor diri dengan segera pada tarikh yang telah ditetapkan dan menandatangani Surat Penerimaan Menjalani Latihan Industri dan Pengakuan Lapor Diri (BTJ.L2) yang dilampirkan bersama;

6. Saudari dikehendaki melaporkan diri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang sebagaimana tarikh yang dinyatakan diatas jam 8.00 pagi. Sila bawa bersama-sama sijil-sijil yang berkaitan.



takut apabila mengenangkan ump yg begitu mengikut procedure.

Saturday, October 31, 2009

apabila chipsmore begitu serasi dengan kacang hazel.............

cerita tentang chipsmore
baru selesai bedal sebungkus chipsmore, sedap plak
sori housemate ku, x pelawa korang,
aku ralik2 makan sambil berFB tetiba nengok habis sebungkus..
teruk kan aku...hehe
nak2 chipsmore dengan kacang hazel, erm sedap
ntah ape2 aku ni chipsmore pun nak cite.hehehe

sok CTU jawab dalam bm
hehe...pernah tak korang rase cam tetibe rase x reti nak jawab peksa dalam bm
aku pernah rase time test CTU hari tu
walaupun aku xpandai ngat english...bkn xpandai cket x pandai...hehe
tapi dah semua paper jawab in bi tetiba CTU jwb in bm....erk
doakan aku esok ye!

Thursday, October 29, 2009

nasihat ibuku...

pggln dari no. yg tdk dikenali
so aku nak wat dajal
sila2 amik no ni 019-9189334 :))
masih single lagi ni.


dia~hello
aku~hello
dia~yana kan
aku~ye sy, sape ni!
dia~kawan lame
aku~sape ek
dia~kawan kat ktn

dlm at sape ek, xcam lak sore dia.aihhhhhhhhhh


aku~sape!
dia~nanti tau la
aku~nanti tau!sape ni!
dia~balik ktn bile
aku~16 kot
dia~16 kot, ade kot2 ek
aku~hehehe, sape ni!

letih kot asyik ulang sape ni byk kali

dia~emi!sore die slow gile
aku~emmmmmmm, emi mean abang emi ku! bia benar ye ke ni!nape sore laen
dia~hahahahahaha gelak kuat di hujung talian
aku~kuang ajo
dia~hahahaha tdgr plak sore pakweku a.k.a abh ku bergelak sakan dihujung talian
aku~hampeh!ciap mu balik nanti, no sape ni~dgn sore agk kuat
dia~no aku la, line!wei maa nak ckp

ooooo upenya permaisuri rmhku mahu ckp

aku~nape maa!
maa~xyah pegila air terjun
aku~nape?
maa~banyak benda jadi skang ni
aku~ape benda
maa~cuace x elok, xyah pegi la
aku~olo xde benda la
maa~ade kes org kena hmpp balak, mati kat air terjun
aku~ erk! lo ye ke, tapi aku mjwb lagi, xde benda la, kalau nak jadi kat mane2 pun boleh, bolela
maa~xyah la pegi,ckp kat kawan2 plan sem dpn je!
aku~olo
maa~dgr la ckp maa
aku~okla
maa~okla assalammualaikum, kim salam kat bdk2 umh,kat aina sekali
aku~waalaikummusalam erm ok,baikla


cuak xdpt join pi air terjun
tapi nasihat ibu perlu diutamakan
sori guys:(

UiTM = pening



schedule CTU tukar balik ke tarikh asal
1hb Nov 2009
900-1100 a.m.
Dwn 2 aras 2/4




kalau tukar balik kali ni
xtau la..............
tlgla jangan peningkan kami!



AyanaAsham
bile ntah nak wat klip video mandarin ni!


ditunda~so gap sehari je la ek!

text from Oshin:
Salam...utk mklmn exam CTU ditunda hr isnin, 2 Nov kul 9-11 a.m.
nak tau lebih detail, cek kat stdnt portal ya!tq.

so b4 subuh td aku on Mr. Black then taip password
aku biar Mr. Black running lu so aku gi smbyg lu....
after that
aku usha stdnt portal.tgk2 betul.
so gap sehari je la paper PM nanti ek...adeh!



Wednesday, October 28, 2009

mane satu nak pilih ni!

Alhamdulillah baru selesai menjawab 1st paper:)

ai! masih ingat lagi kisah Ahmad Fariq,die sgt cute tau, ade ciri2 bakal suami dah ni.tapi aku plak di persimpangan ni.masuk satu cerita baru plak.kisah Megat Iqram a.k.a Abang Iq.
kisah die x banyak yang aku tau sangat nanti2 la aku cite balik ok.baru permulaan baru.yang penting die tinggi....tapi sedikit blurry..:)




Mitsubishi Aitrek ke Honda Civic Type R....
korg prefer yg mane?




AyanaAsham

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."
( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)


Monday, October 26, 2009

Dream is possible...

The focusing 1:Research Methods


Research is a process through which we attemp to achieve systematically and with the support of data the answer to a question, the resolution of a problem, or a greater understanding of a phenomenon.


To accomplish great things, we must not only act but also dream, not only plan but also believe.
++ Best Wishes for Your Exams ++
AyanaAsham

Budget 2010

Berikut ialah kandungan Bajet 2010 ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’:

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

credit : BERNAMA

Sunday, October 25, 2009

BBF....

masih dalam proses...



credit to: Izyan Zaffan aka Yarnyen

Friday, October 23, 2009

eh! dah dekat ke?

Berikut adalah tarikh2 penting yang perlu diingat oleh tuan rumah:
1. 28 Oct 2009~Research Method Paper
2. 1 Nov 2009~CTU Paper
3. 4 Nov 2009~Project Mgt Paper
4. 8 Nov 2009~Telco Paper
5. 11 Nov 2009~HR Tech Paper
6. 15 Nov 2009~HRD Paper


so pakweku sile la jemput aku pd 15 tu bersama2 barang2 aku yang berlambak ye!
jangan wat2 lupe plak! ngeeeeeeeee




Aku ni sedar ke buat2 tak sedar diri.oit tuan rumah!
kamu dah nak exam next week
sedar2 kanla diri tu ye.

we tolongla kasi can kat aku nak men2 satu or 2 hari ni.
boleh kan..................plz3(nyanyi cam lagu alif tu)*
aku x kire aku nak men2 gak....



Aku rase weekend ni aku:
nak layan movie
nak pasang lagu kuat2
nak bace blog org
nak kemas n lipat bj yg berlambak
nak makan banyak
nak rehat puas2
semuala aku nak wat~senang!.. habis cite*
biar dendam terlerai
biar org kate aku terlampau
biar org kate aku ntah ape-ape
ade aku kesah

*now! aku tinggal sorg2 je kot kat bilik *

Wednesday, October 21, 2009

terapi kebusanan mungkin~fb

aku suke fb entah kenapa aku pun xtau.
fb mampu wat aku tergelak, tersengih kot!
fb wat aku jadi cket nakal
sbb leh gado2 kat fb
even dgn housemate,roomate or classmate sekalipun
leh kate mengate,mmg sgt lawak...........ngeeeeeeeee

yela dah nak dekat exam ni
mcm2 la perasaan muncul
hehehe
to all blogger
maap aku mmg bkn kaki komen kat blog
tapi x bermakne aku x usha blog korg
aku lebih suke melihat membace kemudian memahami
aku lebih suke jadi silent reader
so klu aku komen tu kira bertuah sgtla tu........ngeeeeeeeeeeee

cukup sampai cn
salam...
P/s~Asheh nanti ko bwa mp3 repvblik n down ye....besh plak that song.

Tuesday, October 20, 2009

aku mengarut lagi.

klu semalam aku gelak
hari ni aku tak cukup tido
pecah rekod diri sendiri tido just 20 minute........gile
camne aku leh jadi cam tu~penangan HRT

rase bosan!
cam nak balik kuantan jerk
exam dah nak dekat
macam2 perasaan plak muncul!
bosan!apalagi jom makan...............hahaha terapi terbaik

gelak 100x

teman dikala bergelak ketawa mmg senang dicari
tapi teman dikala bersedih adakah sama!

dah disambung..........................



niat dihati mau kutuk ini orang tapi x jadi coz die sggp jadi gile gelak 100 kali......so jom gelak 100kali tuk awet mude

p/s: jangan lupe ye kfc...................

Monday, October 19, 2009

Hari terakhir wat halwa telinga aku rasa selesa dengar lagu ni......

Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda – Hujan & Raihan

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri,Di Aidilfitri

Sunday, October 18, 2009

Kisah Kau & Aku Mungkin Berbeza...

Kisah Dahulu

kan aku dah cakap dulu-jangan mudah percaya-jangan mudah terjebak-kau degil
dulu -kau cukup sempurna di mata aku-kau cukup bersopan di mata aku-tetapi setelah kau jumpa-lelaki itu-mata aku jadi sakit melihat -peribadi kau malah-pakaian kau-sekarang aku- tempat kau mencurah rasa hati-tempat kau menangis-dulu-mase aku nasihat-mase aku bercakap-ape kau dengar nasihat itu-dulu aku cukup berasa hati -dengan kau- aku cukup sakit hati-yang dia telah menjadikan hati kau- tidak mampu melihat benda lain sekalipun-tapi bila kau datang menceritakan -segalanya-bila kau mengalirkan air mata itu-aku turut sedih- aku turut sakit hati-tapi air mata aku t
ak mampu mengalir-kerana sakit hati aku pada lelaki itu-melebihi segalanya-memang kau tak pernah melihat aku menangis-tapi tak bermakna aku suka melihat- keadaan kau itu-Sekarang- segalanya telah pun kau selesaikan-perhubungan yang kau buat itu-telah pun kau akhiri dengan perpisahan-tahukah kau bahawa -kisah kau telah memberi kesan mendalam-dan segalanya telahpun kau lalui-sekarang kau pun telah melalui kehidupan- yang lain-satu yang aku harap -semoga hubungan baru ini berkekalan sehingga ke akhir abadi-semoga kau menjaga hubungan ini sebaik mungkin-
amin...







Kisah sekarang


walaupun kita tidak begitu rapat-tapi keadaan kau itu-mampu membuka hati aku-mampu membuat mata aku -untuk percaya-akan perbuatan dia-aku turut sakit hati -dengan apa yang dia buat pada kau-satu yang aku harap- kalau dia boleh hidup tanpa kau-ingat-kau juga mampu hidup tanpa dia-kumbang bukan seekor-aku tau kau sakit hati -aku tau kau sedih-biarkan ia jadi kenangan kau-baik buruk sekalipun-hidup perlu diteruskan wahai kawan-mungkin ada yang lebih baik dari dia-mungkin ada hikmah -di sebalik yang terjadi-mungkin kisah kau dan aku- tidak sempurna-tapi hanya kau dan aku yang boleh-mencipta kisah itu jadi sempurna-ingat wahai kawan-setiap yang berlaku-ade hikmah di sebaliknya...carilah wahai kawan rasa bahagia di dunia ini-itu tidak salah-semoga rasa bahagia itu mampu membuat hidup kau sempurna-kisah dulu telah bahagia sekarang so aku harap kisah sekarang mampu bahagia seperti kisah dulu
amin...

Friday, October 16, 2009

Tuan Rumah sangat Bz ~ bukan bz body ye!

salam dimulai...


Ape yang tuan rumah bz sangat sebenarnya:

Isnin, 12 October 2008
Title: Test Project
Conclusion:
sepatutnya tuan rumah ade test pada ptg tu.tapi telah dicancel coz
seorang makhluk Allah ni!,tuan rumah tak mau nak kaitkan sesape
coz tuan rumah xde bukti yang kukuhbukan men tdo lewat malam
tu study aleh2 x jadi plak test.ade gak ase cam nak hempuk org tu.
akibatnya test ditunda ke hari khamis.

Selasa, 13 October 2008
Title: Mind Map Telco
Conclusion:
Sungguh tuan rumah mmg fail kalau bab2 wat mind map ni ditambah plak tulisan tuan rumah yang xla dikatekan buruk, masih boleh dibaca tapi hanya tuan rumah yang boleh faham.hahaha.mesti En.bad xtau nak kasi markah berapa kan.aihhhhh.mind map telco ni banyak hari gak tuan rumah amik tuk ciapkan.tapi besala last minute baru ciap

Rabu, 13 October 2008
Title: Quiz Research
Conclusion:
Quiz research method telah pun selamat dijawab, tuan rumah nak ucapkan berbanyak terima kasih kat housemate tuan rumah merangkak juga clazzmate tuan rumah coz wat study group dan ajar tuan rumah ape yang patut tuk jawab dalam quiz ni.tenkiu bangat.Biasenya tuan rumah jarang nak involve dalam study group ni tapi sebab otak tuan rumah cam ade siket jem terpaksa memerlukan bantuan rakan2 yang laen.besh gak study group ni.

Khamis, 14 Oktober 2008
Title: Mr Telco n Mr PM
Conclusion:
tuan rumah ade bg shout kat fb sepatutnya tuan rumah shout
~Mr telco n Mr pm+i dun love u
tapi tercilap tep plak.bukan tuan rumah benci sama lecturer tu ye tuan rumah just nak share yang tuan rumah tetibe cam terpikir time tu kenape ye tuan rumah x jatuh cinta sama "mereka"hehehekalau jatuh cinta kan senang, leh senang masuk dalam otak, senang faham,pendek kate semuanya senang la.tapi apekan daya "mereka" bukanla manusia So,tuan rumah terpaksa la amik 2 test hari tu.sampaikan tuan rumah sungguh tidak berdaya pada hari tu.

Jumaat, 15 Oktober 2008
Title: Test Mandarin
Conclusion:

Laoshi: apa pasal muke x ceria
Kami: letih laoshi
Laoshi: why
Kami: x cukup tdo laoshi, semalam ade 2 test.laoshi postpone test bole
Laoshi: 20 percent cket saje lor
Kami: rugi la laoshi 20 percent tu byk
Laoshi: bile boleh buat
Kami: Ahad ~ tapi ade plak yang involve kursus kawen
Laoshi: Monday Keyi ma
Kami: Ade Clazz laoshi
Laoshi: time Lunch lor
Kami: keyi....nimen ai ni laoshi...satu clz gelak.


sesungguhnya kami sgt suke laoshi,beliau seorg yang perihatin.sungguh juga tuan rumah tidak bersedia utk menjawab test pada petang tu. maaf kat ustaz coz tuan ruamh skip clz beliau.lepaz jer clz mandarin tuan rumah terus pegi makan n balik bilik topup tdo sepanjang minggu ni.


Summary:
baru tuan rumah tau kenapa tuan rumah makin kurus, kalau dulu time wat dip kat dungun gemuk lagak tuan rumah rase.hehehe.ade juga time tuk bermain2.tapi skang tuan rumah rase cam 24 jam tu tak cukup jer.rase penat sgt.Test Project tuan rumah leh wat tapi telco cam hampeh je tuan rumah rase.ntah tak tau peluang tuk lulus tu ade ke tak.tuan rumah tau blog tuan rumah bukanla blog yang besh pun, x ramai pun followers lagipun blog tuan rumah x cun macam blog korang kan, so ade ke followers yang maintain follow blog tuan rumah ni?


salam diakhiri...

Sunday, October 11, 2009

| | 23 Syawal


23 syawal ~ masih dalam mood raye kan


beraye di rumah Nad ~ spageti yg sgt sedap:)

Friday, October 09, 2009

I'm Not



jadual fekse
dah kuar
starting 25 oct end 11 nov


i,m not prepare yet.............waaaaaaaaaaaa :(

Thursday, October 08, 2009

Esprit De Corp Part 3 ~ Explorace

ape ape pun b4 start explorace kite makan dulu....
Thanks to Incik Ai coz sediakan mknn tuk hari tu.



~nujum pak belalang~
aku dh try game ni
syok gile men tepung.......


spell it right challenge~ya angkat jgn x angkat....



sesi mengira markah....kire jgn x kire



~ Esprit De Corp ~
cayala
peace
rocks
..thanks..


selamat bertungkus lumus, berhempas pulas, bersengkang mata, berpening kepala...
next week sgtla mencabar buat Esprit de Corp punya org..ajaaja fighty semua



Wednesday, October 07, 2009

Esprit De Corp Part 2 ~ Our Team

Our Team ~ Spell It Right

Asheh, AyanaAsham, Khai, Yarn and Yen (Leader)


kisah di sebalik team kami
spell it right da team
sgt seronok dpt berkerjasama dgn kamu ber4

satu pengalaman yang x mungkin dilupakan
dan mungkin akan menjadi
kenangan terindah

bermula dengan mencari game ape tuk explorace
meeting walaupun bz dgn keja masing2
prepare for the game

potong kertas, prepare equipment, isi nila+sabun+air dalam belon
we all done it

tapi yg tidak boleh dilupakan

bukan ke kte nak wat org kena dgn belon2 tu
tapi team kite sendiri yg pecahkan

~ lawak gile ~
angkat je pecah, kena tiup angin je pecah

tapi team kite x kejam mcm team len kan
so peserta patut bersyukur


to Asheh, Yarn , Yen and Khai
sori guys

belon tu korg je la men
lawak gile tgk korg baling2 belon
ade yang kena muke
ade yg satu bdn basah
ade plak yg menyerah tuk dibaling belon
hahahahaha
Asheh and Yarn plak
ade hati simpan belon dlm baldi

konon2 nak kenakan aku la
time habis event
so sori idea tu dah kantoi
hahahaha



biru nila tangan-tangan mu:))



belon-belon itu



kasi baling jgn x baling....


peace ~ yen berjaya direjam dgn belon oleh kami


apepun aku just nak ckp
thanks u all coz
beri kerjasama

~ We All Done It ~


Tuesday, October 06, 2009

Esprit De Corp Part 1 ~ LDK

just a banner for the event
~Fighting for the best - Achieving impossible~



LDK~latihan dalam kumpulan
melibatkan pelajar2 Part 5 ~BOSM
so we all yang kena jadi faci nye......



me~as faci yang berjaya
salah satu group yang dibimbing ke arah jalan yang lurus



hasil pembentangan group 8~Feminine 4



hasil pembentangan group 9



eeh...ape plak beratur cam keta api ni...



ni plak group mane ntah
dorang kena wat trademark kumpulan
so dorg pilih yg ssh cam ni
tapi kami selaku faci tlh sahut cbran untuk meniru trademark kamu....



lalala~kami kan faci of coz la leh wat punye~peace



group 8~win second place



group 9 ~ thanks coz bg kami faci2 kamu hamper...hehe


Sunday, October 04, 2009

RAMA ~ Saat-Saat Terindah

Saat kau hadir dalam hidupku
Terasa Indah
Hanya Bayangmu Menyentuh Jiwa
Temani Sepi
Kini Semua Cinta mu t’lah pergi
Meninggalkan diriku
Dalam Kehampaan
Sendiri…
Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati
Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
Kini baru aku menyadari
Kau begitu berarti di dalam hidupku ini…

*Saat - saat yang indah
Saat masih bersamamu
Waktu kita berdua
Dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi
Ku ingin kembali…3x
Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cinta mu
Meski kini kau tak mencintai dirku lagi
Kini baru aku menyadari kau begitu berarti
Di dalam hidupku ini…

Friday, October 02, 2009

| | Before The Event

hamper by Biro Hadiah complete


setting tempat~ seronoknya dak kecik tu.



Flyer for Event



T-shirt Esprit De Corp~model by Ijat



fighting for the best ~ achieving impossible


Team Building + Explorace
Esprit De Corp
OMB55C
Uitm Puncak Alam
3 October 2009
9 a.m until 5 p.m.

Thursday, October 01, 2009

| | I think she' cool

ade ape dengan pintu!


salam semua......
kisah Ahmad Fariq aku tinggalkan
kisah die tiade kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia
so sheh nanti la senang2 aku bocorkan rahsie tu....wuhahahaha, wat mase skang biarla rahsia!
minta maap juge kepada teman2 blogger coz aku tiada kesempatan untuk mengomen atau menyinggah lame2 kat blog korang, minta maap gak sempena hari raye yang masih belum habis ag ni.mana tidaknya kat bilik hari-hari aku wajib putar lagu raya kot. suke sangat dengan lagu raye baru Hujan ft Raihan.

Pic kat atas ape benda plak?
Anyway pic tu dah lama disnap kat bilik one of my lecturer. I think she's cool,
malas nak cite banyak kalau salah kang aku mungkin disaman...wuhahaha
korang tgk bilik beliau sudeh. so cute kan + creative
mmg la skang org dah x gune disket.


creative + cute
tangan aku pun masuk blog gak~tmpg lalu

Tuesday, September 29, 2009

| | siyes ni

"Yes it is! And do you want to know why?
Because I'm beginning to feel that you are part of my life...
But i just realized that i don't even have a room in your heart!
Good night,.....and drive home safely, dear!"

"There's so much i need to say to you.
But let me just start by saying...
I'm truly sorry for everything."

"Kita patut terima seseorang itu seadanya.
Dan hargai apa yang ade di depan mata
I just realize something....

that I like you for who you are. You are one of kind."


~Mitsubishi Airtrek~

:: ThE FoLLoWeRs ::