Saturday, August 22, 2009

Kawalan Jangkitan Influenza A (H1N1) di Rumah




1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan
apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci
tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan
alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh
dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain
seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit.
Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh,
lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil)
seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit
(sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan)
beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan
adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.


Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri.
Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam
serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.


3. Sakit dada berterusan.


4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.


5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.


6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.


7. Pening bila berdiri.


8. Kurang kencing.



- - - - - - - - - - - -


n3 ini ditulis berikutan H1N1 yg menular di kalangan pelajar UiTM sekarang
dan sudah pun ade yg maut disebabkan H1N1 ini
so aku decide nak masukkan n3 ni kat blog Nothing Interesting In Here ini
sesungguhnya tetap ade sesuatu yg boleh dikongsi dengan blogger laen.dan juge boleh mengingatkan aku juge untuk mengawal H1N1 ni.
takziah dan Al fatehah kepada yang maut kerana H1N1 ini.

Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah
menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini.



credit: iluvislam

8 comments:

hakim said...

nice post. sgt bermaklumat

panggil aku shEh said...

Takziah..
budak tu senior kite nme intan ilyana duk kt R5, blog aku..

meninggal mlm kamis... Alhamdulillah

Smoga Tuhan Ampunkan dosanye!

2R said...

bgus2..info yg sgt bermanfaat..
takziah kpd intan ilyana..
adei..serius jgk ea H1N1 neh..
naik seram aku neh..

AyanaAsham said...

to hakim:
tenkiu....
so bersama kte mengawalnya


to Asheh:
takziah buat arwah intan ilyana
semoga rohnya dicucuri rahmat
al-Fatehah.


to Tora:
yup mmg seram dan nek bulu roma pun time en.fahimi cite hari tu.
same2 la kte doakan H1N1 ni cpt reda

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
panggil aku shEh said...

aku ckp blog eyh?
maapkn sy.. i mean my block!
aduyaii.. npe lak sik kuar mcm2 bende yg mengarut ni haa

a guy with moustache said...

amin~

AyanaAsham said...

to Asheh:
xpe aku pun buat2 xnampak je typing error itu

to BeruanPanda:
semoga arwah dicucuri rahmat.

:: ThE FoLLoWeRs ::