Wednesday, August 19, 2009

: : Marhaban Ya Ramadhan : :


Assalammualaikum.....

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang.
Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Selamat berpuasa dan wassalam.

15 comments:

Kapten Luffy said...

ada love2 maknanya bulan puasa kena aktifkan dating yer

AyanaAsham said...

ade love itu x bermakna dating
itu adalah cinta terhadap ibu bapa
dari sisi hati sy la....

panggil aku shEh said...

taboley makan daa~
:(

[z@ck] said...

selamat berpuasa jugak..
=)

AyanaAsham said...

to zack:
tenkiu,....slmt berpuase buat kamu.

AyanaAsham said...

to Asheh:
masih smpt lagi mkn ape yg kamu suke
tgl lagi 2 hari
so jgn lupe mkn....

CikYana(",) said...

happy ramadhan dear :)

jgn ponteng puasa n terawih yer

hikhikhik

ihsan_huhu said...

jgn minum arak, jgn beli sudu garpu n jgn support ManU

hahahahah!

AyanaAsham said...

To cikYana: insyaAllah
sama2 kte menjalan ibadah ini dgn seikhlas hati k

hepi ramadhan to0


to huhu:
ape plak kena mengena dgn ManU ek
minum arak sudah pasti jgn
sudu garfu! knp kamu merapu...hahaha

2R said...

yeye udah mahu puase..
to sheh..cpt mkn puas2 hehe..
puasa da dtg maknanya raya x lama lg lehe heheh

AyanaAsham said...

hehe jom pose dlu
nanti leh aye....

panggil aku shEh said...

tueRa..
aah tu la psl g pasar mlm
wt kali terakhir b4 pose..
heheeh
itadakimasu!

sory tuan tanah.. cheq tumpang lalu....~

AyanaAsham said...

sheh
xpe tuan tanah x maroh nye
sila2 jemput dtg selalu

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

selamat menyambut ramadhan.. moga ianya lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya.

AyanaAsham said...

to farid:

insyaAllah
same2 kte sempurnakannya sebaik mgkin.

:: ThE FoLLoWeRs ::