Sunday, January 31, 2010

***Jgn Lupa shopping moping tuk raye cine ni!

Salam...

Raya cina dah nak dekat ni.So semua tempat pun ade discount gile best punye.Stok barang baru punye.Semua outlet pun ade barang warna merah2 tu.Ade jual pokok limau yang kecik besar tu.Dan semua parking lot penuh dengan manusia berbilang kaum.Ala kan kite 1Malaysia.Tapi kenapa la nak diisukan isu penggunaan nama Allah tu.Seolah2 mahu memecahbelah kan kaum kat Malaysia ni je.Opps jangan cakap banyak.

Kalau dulu time sekolah time duit sekepeng di dalam poket.Aku selalu shopping moping dengan classmate aku time nak dekat raye cine.Bukan ape banyak discount.Selalu beli kasut.Coz saiz aku byk yang dipamerkan untuk clearance stock.++ aku suka tengok gelagat manusia.Seronok cuci mata tgk gelagat orang ni.

Merah+Meriah



Jangan lupa shopping moping tuk raya cina ni.Rugi kalau tak berbuat demekian.Discount sana sini.Aku xde duit nak shopping moping tapi sempat berwindow shopping je.wuahahaha.Tapi sempat la beli kasut sukan tuk jogging kat puncak yang permai ni :D.Untuk kegunaan tak salah kan.


Aku jumpe satu gerai ni.Kedai uncle yang peramah gile.Dia jual barang2 handmade from Hong Kong.Cantik tertarik kau memang de bom.Ade bangle gak.Leh tahan tapi manyak beso.Cantik kan yang red color tu.


*before


after*



Selalunya aku nampak perempuan je yang design cupcake.Tapi semalam terlihat la mata aku ini seorang brother tekun menDesign cupcake sambil ditonton ku.Sungguh chumel abang itu.



first time tgk orang lelaki wat cupcake....


sempat gak curi men benda kat atas tu.nak beli gue tidak mampu :D


***tammat***

shopping jangan x shopping :D

AyanaAsham*Mood study datangla...........

Saturday, January 30, 2010

Aku selalu bangun sendiri je...xde orang gerak :D

Terkantoi semalam lewat semalam.Kenapala aku share kredit dengan maa ku.Kan dah kena, padan muka.


Maa*kenapa lame x call maa
Aku*ooo orang tepon abah la,tepon maa x angkat
Maa*ooooo igtkan kenapa.
Aku*Orang balik malam,nanti orang call bile dah sampai
Maa*Ok, xpela nak call pakngah plop,kim salam kat semua
Aku*Ok bereh
Maa*kim salam banyak kat ainaa....
Aku*Ok


Maa orang x pilih kasih ek.Orang tepon dua2 sekali....hehe
Rupanya sudah genap 200 entry kat blog yang entah ape-ape ni.....






***Hepi Weekend blogger.......



AyanaAsham*sape ade lagu Xtravanganza-Bunkface

Friday, January 29, 2010

***Betul ke Undi adalah rahsia....



Salah satu tarikan untuk pancing undi
*tapi ape pula motif love itu!



Kisah mengundi wakil pelajar....
Tapi aku rasa undi aku tadi bukanla suatu rahsia lagi.Salah satu sebabnya aku dah share2 dengan roomate aku,housemate aku,even kawan2 aku sape yang kitaorang pilih untuk jadi wakil pelajar fakulti aku.Keduanya sebab time aku mengundi tadi ade sorang staff kat belakang aku yang sedia membantu untuk gunakan system yang ala2 macam e-undi.Kagum plak rase yela dulu time mengundi guna kertas je.mane ade guna system2 ni.Tak la membazir kertas orang kate.



AyanaAsham*jangan letak name anak2 kamu bermula huruf N...cuba elakkan ok :D *penat beratur tadi




Thursday, January 28, 2010

***Kisah zaman sekolah........




Lawatan ke planetarium


Sebenarnya time kami pergi waktu tu,planetarium tutup sebenarnya,so kami snap2 gambar jela kat luar planetarium tu.panjat sane panjat sini.aku biasela paling tersopan di dunia.tak mainla panjat2 macam beruk ni...aihhhhhhh control beb.Before kitaorang pergi planetarium ni,destinasi utama sebenarnya pergi buat tinjauan di Universiti Putra Malaysia.Besau gile UPM tu aku rase.Hasil daripada lawatan ke UPM tu aku adela tanam azam nak sambung study kat situ.Tetapi tidak kesampaian kerana tidak diterima.Ini disebabkan UiTM dengan UPM berebut nak suh aku belajo kat Universiti dorang.So skang aku kat UiTM jela....hehehhee




Lawatan ke Uia kampus Pahang....


Time sekolah of cos la sinonim dengan lawatan kan,so Lawatan seterusnya ke UIA kampus cawangan di Pahang,tempat kelahiranku.Tanah tumpah darahku.Yang memakai baju kurung merah tu my favourite teacher, Cikgu Nurul.Dulu2 time sekolah aku pernah la pergi memancing kat rumah cikgu tu siap dapat 2 ekor ikan keli tau.Pancing ikan aku reti tapi nak cabut ikan dari mata kail aku tak reti.So untuk solve problem tu aku jerit kat budak junior lelaki sekolah aku suh cabutkan...hahaha.Bukan susah pun kasi tunjuk pelempang sebiji je.Almaklum la dah senior time tu.




Lawatan ke tapak pertanian hasil kerja tangan budak2 laki kelas aku


Kat sekolah kelas kami dilabel kelas yang pelik cket coz ade subjek yang di asingkan lelaki dan perempuan...kalau nak tau dulu time sekolah aku amik subjek Ekonomi Rumah Tangga dan bebudak lelaki kelas aku kena amik Sains Pertanian.So kelas kami di kire special cket sebab subjek tu kelas kitaorang je amik.So bile time budak-budak lelaki kami dah siap dengan kebun sayur ciptaan mereka,kami tolongla serba sedikit.Bukan tolong ape tolong makan dan bawa balik sayur2 yang mereka tanam secara percuma.Sayur-sayur yang budak2 tu tanam dijual kepada staff kat sekolah.Tapi duit2 tu kitaorang plan wat BBQ.Yang paling best bekalan ayam adalah juga secara percuma sebabnya budak2 tu pun ade bela beberapa ekor ayam.So yang amik ERT yang konon2 pandai bab2 masak2 ni amik alih kerja2 memasak.hahaha.



Last but not least!

aku dan pia*
orang yang paling rapat sekali dengan aku time sekolah dulu.



AyanaAsham*thanks to Pia coz upload gambar2 kat facebook.Kenangan Terindah gitu :D

Wednesday, January 27, 2010

***Ade siapa-siapa yang rela jadi pemuja rahsia....



Kuawali hariku dengan mendoakanmu
Agar kau slalu sehat dan bahagia di sana…
Sebelum kau melupakanku lebih jauh,
Sebelum kau meninggalkanku lebih jauh…

Ku tak pernah berharap
Kau kan merindukan keberadaanku yang menyedihkan ini
Ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun
Dimanapun hatimu kan berkata seperti ini…

Pria inilah yang jatuh hati padamu
Pria inilah yang kan s’lalu memujamu…
Aha… yeah… aha… yeah…
Begitu para rapper coba menghiburku

Akulah orang yang selalu menaruh bunga
Dan menuliskan cinta di atas meja kerjamu
Akulah orang yang kan selalu mengawasimu
Menikmati indahmu dari sisi gelapku

Dan biarkan aku jadi pemujamu
Jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
Tenanglah tenang pujaan hatiku sayang
Aku takkan sampai hati bila menyentuhmu

Mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa mudahnya kau untuk dikagumi
Mungkin kau takkan pernah sadar
Betapa mudahnya kau untuk dicintai

Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu
Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu

Karena hanya dengan perasaan rinduku yang dalam padamu
Kupertahankan hidup
Maka hanya dengan jejak-jejak hatimu
Ada arti kutelusuri hidup ini
Selamanya hanya kubisa memujamu
Selamanya hanya kubisa merindukanmu


+++Shiela On 7*Pemuja Rahasia




AyanaAsham*Esemen sudah menimbun diterima nampaknya.........so get ready!


Tuesday, January 26, 2010

***ape aku nak wat ni.......

Aku menoleh ke kiri,Aku lihat roomate ku sedang mengerut dahi memulakan operasi membuat database untuk report L.I beliau.Aku pulak bile nak start ni.Alamak aku tak tau nak wat apa untuk database ni.Sungguh tak tipu.maa! tolong.......


Sungguh HR department tu terlalu complete tul dorang punye system sampaikan aku tak tau nak create database ape tuk department tu.dahla satu borang pun dorang tak guna...semuanya sistem.


apesal la dorang guna system byk ngat....


Penat la fikir.Malas nak fikir.Aku dah tension.Esok-esokla fikir.Masa tuk tido :D

AyanaAsham*ooooo sudah 2 hari bulan di luar tingkap bilik aku sangat cantik....ngeeeee

Sunday, January 24, 2010

***capturing moments


1.Kotak a.k.a my bf at Delima :D


picture from Kie*


Si dia yang berwarna oren itu mengingatkan aku pada arwah oyen aku...tiba-tiba keadaan sebak menjelma.beliau diberi nama kotak.nice name wooooo.suke kotak.kotak comel, cute, hensem, macho dan juga mucho....name kotak Kie yang bagi.Tergelak seketika apabila mendapat tahu nama beliau kotak..Ketika ini perasaan rindu pula menjelma pada kotak.

Hari ni apela si kotak makan agaknya.Si kotak ni bagus pizza pun die bedal...Sungguh lapar die time aku bagi makan hari tuTerharu tgk die makan.banyak gak la die makan.Sungguh macho juga die meminta makan...hahaha..Lebih comel apabila Kie snap pic die.
oh si Kotak rindu sama kamu!




2. Uptown=Crocs


tokei crocs..ore kelate...lucu mu nih!


Ape kisah kat uptown ek....haha tak ingat dah.Yang aku ingat aku beli crocs for only RM20++.Nak beli ori aku tak mampu ok.Korang mampu tak,belikan aku satu boleh!hahaha.Tu pun puas tawar-menawar sampai bertikam lidah.hahaha.



3. Dataran Merdeka


dataran merdeka at 3 a.m


Sile usha yang belakang sekali tu...Die orang penting ni.Pernah jadi bodyguard,pemandu pelancong,pemandu berhemah,penunjuk jalan,tukang buat lawak dan banyak lagi la untuk kami satu rumah.Kalau takde die kami mungkin takut nak berada di Dataran sekitar pukul 2 hingga 3 pagi.Ya memang kami wat kerja gile.So terima kasih la CIK aizat coz jadi bodyguard kami hari tu.




AyanaAsham*hati-hati kalau nak buka tingkap or tutup tingkap.Kakak iparku putus dua urat tangan dan terpakse dibedah utk dicantum balik.Malang tidak berbau.

Wednesday, January 20, 2010

Kerja Seni Pelajar Tahun Akhir....

Salam blogger...

This week kebanyakan masa terbuang dengan melepak di katil empuk yang tidak berwarna-warni tidak seperti katil bujang milik housemateku yang lain. Lebih tepat sekali dikatakan yang dipenuhi dengan flora fauna,kartun comel,dan pocca dot.

Masa juga dibuang begitu sahaja dengan berFB yg berstatus aku pun tak tau. Dua subjek kuliahku masih tinggal Tanda Tanya. Bilakah lecturer tersebut mahu bersua muka, bersesi suai kenal mengenal dengan kami.Minggu ni dah masuk minggu ke4. Begitu cepat sungguh rasanya masa berlalu.....

Kelas pula selalu je batal.kerana lecturer MC la..kerana perubahan jadual la. Dan juga kerana kekangan-kekangan yang lainnya. Kami apa lagi bersorak gembirala kan. Tipu la pula kalau tak hepi kalau kelas dibatalkan. Tapi yang tak tahannya kelas kena la replace pula.

Al kisahnya hari ini dalam kelas HR lagi.kami melakukan kerja seni dengan menyanyi dan menari. Sila la percaya ye.lagu yang tak pernah aku dengari selama ini berkisar tentang rama-rama. Tentang rama-rama. Ia berubah dari kepompong menjadi rama-rama yang cantik. Ia satu perubahan besar. Aku berubah ke!satu soalan ku tanya pada diri sendiri.ya! kalau di timbang tara sebelum ini, memang aku mengakui yang aku telah berubah serba sedikit.salah satunya tentula kawan2.Dulu aku tak begitu ade ramai kawan tapi sekarang dah berbeza. Almaklum la dulu Low Profile cket.hahahaha.tak ramai yang kenal.



dari ulat jadi kepompong
dia tidur dalam kerongsong

sampai masa kepompong pecah
keluar rama-rama indah



Lagu ini pula dipaksa nyanyi kerana semua kelihatan mengantuk.hahhaha padan muka. Lepas ni confirm la dah boleh jadi budak seni kelas bawahan la aku coz dah boleh melukis,buat topeng and menyanyi gitu.:D



i believe i can fly
i believe i can touch the sky
i think about it every night and day
spread my day and fly away
i believe i can saw
i see me running through at open door
i believe i can fly.....






AyanaAsham*mungkin aku berubah kerana aku tiada lagi kawan yang dulunya aku selalu bergantung,ya memang betul kata Puan J,environment merupakan salah satu faktor yang mendorong diri aku ke arah perubahan.Tidak perlu rasa bersalah jika perubahan yang berlaku dalam diri.



Tuesday, January 19, 2010

I forgot to say.........



hello new year
hello new friends, fiby n kim
hello new room
hello new lecturer
hello new class
hello new schedule
hello proposal
hello assignments
hello quizzes
hello tests

and

hello hidup ini memang ####,tapi esok masih ada.....


Sunday, January 17, 2010

Entry kita kukira mungkin sama kot....dan mungkin juga tak sama! :D



Salam blogger....

Penat berkayuh rupa-rupanya.tentu tertanya-tanya berkayuh ape bukan!aku berkayuh basikal ye bukan berkayuh sampan.Anyway terima kasih la kepada housemate ku yang ibarat power rangers buatku kerana telah memenuhi impian aku untuk bermain salji.bukan apa,entah bila rezeki untuk terbang ke negara yang mengalami musim salji.Sesungguhnya baru aku sedar last time aku berkayuh time sekolah rendah kot.Tapi jangan pula ingat yang aku tak pandai berkayuh ok.hahaha walaupun aku tak pandai mengemudikan motosikal.Sile la gelak kat aku...



basikal2 itu yang penuh misteri :D



kenapa la u all tak mau naik ats...amazing!

Destinasi berkayuh tersebut terletak di taman pertanian Malaysia di bukit cahaya seri alam.sesape yang belum pernah menjejakkan kaki di sini harga tiket ialah tiga hengget.diulangi RM3.Untuk aktiviti berkayuh berbasikal pula kamu dikenakan cas 5 hengget.Oleh sebab kami student so hanya perlu menayang student card kami dapat la discount yang tak seberapa.tapi sesape yang tidak cukup duit tunai kerana mempunyai kad kredit yang banyak.Ade juge basikal yang dikenakan cas sebanyak 3 hengget.Kami semua kan tak pakai kad kredit so ade la duit tunai yang banyak.hahaha.Berbaloi baloi sket kalau pakai basikal harge 5 hengget ni.



aku dan salji buatan jew :D



Sungguh indah ciptaan tuhan.sungguh selesa menyedut udara yang segar di saat basikal menuruni bukit.berbasikal berpegangan tangan sungguh romantik aku kira *tp bukan aku ok.Tapi memang siyes memenatkan.wooooooo aku sudah lebih ni.Ribuan terima kasih di ucapkan kepada CIK aizat dan CIK hafiz.Kerana menjadi bodyguard dan para-para kami hari tu.Of coz la bukan pari-pari.Pari-Pari itu kan kami ber6 :D.Rumah salji memang sejuk gile tahap dewa..aihhhhh tak tahan berlama-lama kat dalam tuh.




kau mulakan dengan lagu azie*sungguh permulaan yang baik *kau nyanyikan lagu permaisuriku untuk dia *sungguh romantika kukira *kau nyanyikan lagu Bila rindu ku sebut namamu *sungguh slamber dirimu tp aku gelak sakan *korang menyanyi lagu Baldu Biru berdua *sampai tak sempat habis lagu tu. *aku bersyok sendiri dengan Bulan Cinta *ape kes *aku berduet ntah mcm2 lagu lagi *siyes aku tak hengat lagu ape aku nyanyi

Itula kami pada sesi berkaraoke! Sungguh sedap suara kamu semua di pendengaran ku.Kalah si Awie apabila menyanyi.Berjaya pula menandingi Azie dalam lagu nya. siyes cakap memang aku bukan dilahirkan mempunyai suara semacam artis.Cukup untuk mempunyai suara supaya dapat membela diri di kemudian hari! titik.


capturing moments*


Penat sudah menjerit ini yang aku bedal.hahaha


aku minta nasi tambah. kelaparan *sob3



AyanaAsham*apesal korang nak blok itu ini.aihhhhhhhhhh.knp*knp*.

Thursday, January 14, 2010

Update....

Mari belajar Melukis...

class: HRM a.k.a kelas budak darjah satu
peralatan: kertas mahjong,color pensil
title: lukis sambil bercerita pengalaman bercuti time cuti sekolah (konon-konon)
peraturan: setiap ahli kumpulan kena disagree dengan apa yang kawan mereka ceritakan dan lukis.

kami bukan pelajar universiti diulangi kami bukan budak-budak UiTM tapi kami baru masuk darjah satu.hahahaha.kami lukis macam-macam dalam kelas tadi.ade keropok lekor, kek, kereta tolak,bunga,pokok kelapa,masjid even kubur pun ade.kami siap gaduh-gaduh and jerit-jerit lagi dalam kelas ni. memang sungguh tidak dewasa.hahaha.group kami dilabel group paling nakal sekali. semuanya sebab azhar n yen.entah ape-ape dorang lukis.cantik lagi budak-budak darjah satu yang lukis. aku sangat suka madam ajar kami dalam kelas ni.langsung tak ngantuk.masuk kelas je enjoy.hehe




Mari bergambar kenangan...

tema: pondok-pondok
tempat: PSB n bus stop UiTM puncak alam
jurugambar: me!
mereka yang terlibat: aina,2R,dak kecik,ima,umi chan,fiby



fiby our new classmate

ini baru sesi bergambar untuk bulan januari ya geng.hehe.ade lagi untuk bulan akan datang. tidak perlu camera digital yang mahal.and tempat yang indah permai.cukup la dengan orang-orang seperti kamu semua yang kiut miut tu.hahaha.siyes ikhlas ni.ini bukan cubaan.ini betul2 punya.cukup dengan bagi aku handphone sony dah cukup untuk pic u all disnap.hehehe.kita kan dah nak grad so kena la kumpul segala kenangan yang ade.betul tak!




AyanaAsham: terima kasih diucapkan kepada pihak faculty coz bagi jaket kat kami....tahniah buat puan murni coz selamat melahirkan anak perempuan...

Monday, January 11, 2010

Jauh Perjalanan Luas lah Pemandangan

Last sunday aku join 2'R pegi Serdang rumah abang beliau, tetapi kami sempat singgah di Shah Alam untuk bertemu senior beliau.biase la kena la wat baik dengan senior kan.banyak advantages nya.aku pun terkena la tempias nya.hehe. mane tidaknya dapat makan free.time kasih ye kak Bek banje kitaorang makan.wow sangat syok depan pintu sek7 dah ade pizza dan kfc.menarik sungguh.baru je 6 bulan kami tak ade di shah alam macam-macam perubahan berlaku.ingat nak masuk UiTM tapi tak berkesempatan.

After sesi makan-makan free.aku 2'R and seorang kawan baru>>>Kimah. menuju ke KL sentral.ku ingat lagi kate-kate kim hari ini kita travel ok. dari KL sentral naik komuter ke Serdang.sesampai di Serdang kami naik bus metro.Semua foreigner je dalam bus tu.takut pun ade.tapi kami wat bodoh je la.kami tak kacau dorang so hope dorang tak ade la nak kacau kami kan!Pelbagai ragam manusia aku tengok pada hari tu.Makan tengah hari juge di support oleh Kak Ana.Kami makan tomyam.fuhhhh sedap.rezeki-rezeki usah la ditolak bukan. :D

Bercerita pasal kimah pula.teringat aku pada kamu cookie.mana tak nya suka ambik gambar hobi beliau.hehe kami bergambar sakan hari tu di J.J.sangat seronok berkenalan dengan kamu kim.thanks to 2'R kerana perkenalkan kepada aku.tak salah menambah kenalan kan.Tarikh yang tidak mungkin di lupa.lagi pula sangat senang untuk diingati.100110


100110 : With my new friend, Kimah




Ayana
Asham:ain demam.keciannya kat dak kecik tu.aihhhhhh

Saturday, January 09, 2010

Jadi budak-budak tadika memang besh...

Entry kali ni nak cerita la siket pasal kelas HR.setelah sekian lame kami dibawa kembali menuju ke zaman tadika.well dah lame pun zaman tu berlalu kami diminta wat topeng untuk pergi ke parti.hehe.dah lame aku tak buat kerja2 seni nih.mula2 agak blur mahu buat ape and macam mane.toleh kanan aku tengok ima, toleh depan aku sengih kat yo.toleh kanan dah xde sape2 dah.hehe..so fikir2 punye fikir aku decide wat topeng rabbit sudeh.senang almaklum aku bukan dilahirkan untuk mempunya bakat seni teragung.:D

Buat punya buat.gunting punya gunting,gam punya gam,tampal punya tampal akhirnya ciap la topeng rabbit ala2 dewa tu.wahahaha.ntah ape2 aku punya topeng.aku rase budak2 tadika zaman sekarang wat lagi cun kot.dah siap kena present.lecturer aku tanye kenapa pilih rabbit well2 takkan aku nak cakap aku pilih rabbit sebab senang nak wat.




Aihhhh so aku jawab je la.aku pilih nak jadi rabbit because die loveable.disayang semua sebab rabbit kan pet yang manje.hehe.lagi sebab rabbit ade bebas.sebab aku kalau boleh nak bebas dalam wat decision.tapi aku terlupe nak cakap sebab aku pilih rabbit coz rabbit pandai.hehe aku kan tak bape nak pandai ngat.moral of the story tak mahu pulak la jadi rabbit yang gelojoh cam cerita arnab dan si kura kura kan.

Ini pula pasal kisah semalam pula.yesterday to remember.agak lame tak naek bus.tapi semalam naek bus rase macam nak muntah, pening kepala.nina plak kate die ase cam nak mati dalam bus semalam.even kami dapat seat pun.kenape ntah.agaknya sebab tak sempat nak breakfast kot.hehe.satu hari berjalan.turun naek bus.keluar masuk monorel.mmg la penat

Beli sane beli sini.masuk kedai sane.masuk kedai sini.alih2 penat.jom la balik nanti susah plak nak dapat bus. almaklum je la duk di ceruk alam.tapi lebih baek duduk di ceruk alam yang aman damai nih.ale balik kami bawe balik 2 orang tetamu ke rumah kami dari shah alam. yang sorang tu first time masuk puncak alam.terus berkelip2 mate.katenya cantik.hehe :D.aku setuju je.





AyanaAsham: cukupla sampai sini dulu.nanti bile dah grad sure dah xde sesi lepaking ye my housemate :(

Thursday, January 07, 2010

Incik Azam....ape!

tahun berganti tahun.hari pun berganti hariso umur pun dah berganti yang baru,tapi aku maintain mude.almaklum ade orang pernah cakap
kat aku.muke aku cam budak form 4..so terus aku percaya la.hahaha
masuk je thn baru mesti org tanye
ape azam baru ko?

kalau aku jawab je nak jadi lebih baik dari yang tahun2 lepas.tapi mmg pun nak jadi yang lebih baik kan takkan nak ulang segala kesilapan yang pernah kite buat.tak mungkin sorang pun nak lalui benda yang sama.betul tak.

ade gak orang yang cakap nak langsaikan azam tahun lepas.tak kesahla kan.ape yang penting niat masing2.ye tak.
aku punye azam jarang yang aku cakap kat org.aku simpan dalam hati jerk.so azam tahun sudah dah settle dan berjaya dicapai.tu pun bukan men ssh ag nak capai.ingat2 tak tercapai la.azam tahun ni ape ek!aku nak jam baru la.jam aku dah buruk beno upenya.hahaha.so ade sape2 nak bagi aku jam tak.hehe ape la aku ni.tu bkn azam la.sile gelak kat aku.

azam taun ni nak boipren baru la leh x. eh eh jap jap aku ade ke yang lame...hahaha.ape ape la aku ni boipren kire azam gak kan.hehe.
senang2 cerita jadi je anak terbaek, adik terbaek, kakak terbaek, student yang baik walaupun selalu ponteng kelas, sahabat terbaek walaupun aku selalu sakitkan hati kawan2 aku,so sorry beb,and scandel terbaek...leh........


cukup la sampai sini dulu.nanti ade plak cakap aku kuat membebel :D




budak ni dah 5 thn.so dah start sekolah.
tapi pegi sekolah pun nanges.
aiyaaaa ain ape pasal mau nangis.
yaya xmo kawan la kalau camni.hehehhee


Monday, January 04, 2010

aku sempena 2010~leh caye ke?



Your view on yourself
:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward.
You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love,
you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship
:
You are ready to commit as soon as you meet the right person.
And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like.
If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is very important in life.
You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income.
Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career
and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble.
You don't ever want to be unable to take care of yourself.
Independence is important to you.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice.
People ask for your comments on all sorts of different issues.
Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem,
which your heart rather than your head needs to solve.




p/s~suke gile kat ain idola kecil2.sanggup balik lambat.
sebab nak tgk final punye pasal.xpe la dik dapat no3 pun.

Sunday, January 03, 2010

2009 to 2010

dah tiba di puncak alam............
selamat menjadi senior :D





p/s: hepi berday akid-yaya rindu gile kat kamu

:: ThE FoLLoWeRs ::